Harga & Pakej


Copyright 2011 MazGorgeous. All rights reserved.
Seluruh kandungan blog ini adalah hakcipta terpelihara MazGorgeous 2011.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Sexy and Smokey Arabic Eye Make up

Assalamualaikum dan Salam Gorgeous!!!....Di sebabkan ramai yang hantar email kat Princess Maz bertanyakan cara makeup gaya arabic i maka kali ini Princes Maz buat lagi photoshot gaya wanita arab yang nampak seksi dan romantik . Sebenarnya makeup cara wanita arab banyak menggunakan warna-warna gelap manakala warna hitam sudah menjadi satu kemestian...

Kali ni Princess menggunakan celak Kajal dari Pakistan untuk di letakkan di kelopak mata dan dibentukkan garisan terus naik ke hujung kening, Princess Maz tidak menggunakan eyeshadow hitam sebab warna tidak berapa terang. Celak diblendkan sehingga ke atas kelopak mata sedikit. Selepas itu Princess Maz menggunakan warna eyeshadow purple shimmer di lapisan atas warna hitam. Sapukan sedikit warna purple yang terang dan berkilat di bawah kening . Hanya celak dan 2 warna eyeshadow di gunakan , kreativi anda sendiri di perlukan untuk kelihatan Gorgeous gitu!!!
Princess Maz menggunakan 2 jenis tudung yang berlainan untuk photoshot kali ini di mana kita dapat lihat gaya arab dengan tudung hitam dan  mata hitam nampak lebih dramatik  manakala tudung pink dan mata biru nampak lebih lembut dan sweet...sebenarnya gaya make up arabic ni ada terlalu banyak , so Princess Maz harap kalau ada kesihatan yang baik di masa akan datang dapat lah kita berkongsi jenis2 gaya make up yang selanjutnya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Princess Maz sentiasa mengharapkan pandangan gorgeous anda maka janganlah ragu-ragu untuk komen ye. Berbudi bahasa amalan kita semua.