Harga & Pakej


Copyright 2011 MazGorgeous. All rights reserved.
Seluruh kandungan blog ini adalah hakcipta terpelihara MazGorgeous 2011.

Isnin, 12 Mac 2012

Makeup Pengantin di Benta, Pahang



Assalamualaikum.....hari ni dapat juga buat entry untuk blog ni sebab ada job make up pagi tadi so boleh lah Princess share citer bab makeup dengan pembaca semua . Pagi ni 11 Mac 2012 dalam pukul 9.00 Princess dah bergerak ke Benta, Pahang sebab majlis persandingan bermula jam 12.30 tgh. 

Oh ya sebelum nak cerita lebih lanjut Princess nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Butik Azijauhari, Raub yang telah memberi job pada kali ini di harap pada masa-masa akan datang kita boleh bekerjasama lagi.


Sebenarnya semalam 10 Mac 2012 Princess dah ke rumah pengantin untuk makeup majlis akad nikah . Masa mula-mula nak makeup Uji ni rasa susah hati juga sebab dia ada masalah kulit muka yang tidak rata dan berminyak . Sambil Princess sarapan pagi bersama Uji ni kepala duk ligat berpusing macam mana nak buat  bagi muka dia nampak mulus dan cantik maklumlah walaupun Princess ni jurumakeup tapi kadang-kadang tiba bab nak mencantikan orang ni perasaan gerun tu tetap ada .

Fikir punya fikir akhirnya Princess cuba letakkan  supra foundation dan dapkan perlahan-lahan bagi nampak rata tapi sebelum tu adalah Princess letak benda lain juga , berkat kesabaran akhirnya berjaya juga Princess cantikan wajah pengantin ni.


Membentukan kening pun satu lagi cabaran  , pengantin tak mempunya bulu kening dan lebih senang citer tak ada bulu kening sangat la , dalam hati Princess nekad nak bentukkan kening Uji ni secantik yang mungkin seperti mana ilmu yang Princess pelajari dari Puan Sofia dulu , teknik yang beliau ajar memang menjadi maka kening Uji terbentuk dengan cantik dan Princess cukup happy masa tu sebab inilah hasil kening yang Princess rasa yang terbaik yang Princess buat.

Wajah Uji (Pengantin) sebelum makeup.

Selain itu pembentukan hidung yang mancung juga di buat pembaharuan dari segi teknik makeup yang di ajar oleh Puan Sofia dulu nyata menjadi dan Princess rasa teruja sangat tengok wajah pengantin. Sebab tu orang kata kalau belajar mesti dari guru yang benar-benar mahir .....terima kasih Puan Sofia ,  yuran belajar dulu tak setimpal dengan ilmu yang Puan berikan.

Teknik solekan mata juga cuba Princess perkemaskan hasil dari teknik yang di ajar oleh Puan Sofia, mungkin kalau Puan Sofia  tengok masih ada kekurangannya namun bagi Princess inilah yang terbaik buat masa ini dan harap di masa-masa mendatang Princess dapat buat yang lebih baik untuk bakal-bakal pengantin.

Apapun pengantin tersenyum girang melihat perubahan wajah beliau di cermin muka, apabila pengantin senyum maka mak andam pun terasa lega .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Princess Maz sentiasa mengharapkan pandangan gorgeous anda maka janganlah ragu-ragu untuk komen ye. Berbudi bahasa amalan kita semua.