Harga & Pakej


Copyright 2011 MazGorgeous. All rights reserved.
Seluruh kandungan blog ini adalah hakcipta terpelihara MazGorgeous 2011.

Rabu, 28 September 2011

Trend Bulu Mata Palsu

Assalamualaikum...

Salam sejahtera dan salam gorgeous gitu!!!


Hari ni nak citer sikit tentang bulu mata pelesu (palsu), sekarang ni dah jadi trend wanita-wanita dan separuh wanita (lelaki lembut) yang pakai bulu mata pelesu. Kalau dulu cuma artis-artis jer yang galak pakai bulu mata palsu utk show tapi sekarang Princess Maz pun dah pakai termasuklah wanita-wanita mahrain (biasa ) yang lain. Masa mula-mula pakai bulu masa palsu terkial-kial dan terkebil-kebil juga nak lekatkan bulu mata ni ...susahnya nak cantik cik adik oiii cuma kemahiran jer membuat kita kelihatan cantik dan gorgeous tak jadi macam badut,

Sekarang kalau tak pakai bulu mata rasa memang tak sah , bulu mata palsu dah jadi pelengkap gaya masa kini. Kecekapan Princess Maz memakai bulu mata tidaklah secekap dan secepat seorang artis Malaysia yang popular dimana beliau boleh melekapkan bulu mata palsu semasa berhenti memandu di lampu isyarat jalan ...wow gorgeous gitu !!!.

Bulu mata pelesu yang Princess Maz guna taklah mahal dalam harga sekotak kecil (1 pasang) cum RM 2.50 yang penting bulu mata palsu kena dipilih dari jenis yang lembut sebab senang untuk di pakai dan di letikkan jangan lah beli yang keras dan susah nak di lekatkan ..so membazir duit jer .

Untuk pengantin-pengantin pemakaian bulu mata palsu memang dah jadi satu kemestian baru lah pengantin nampak cantik macam anak patung Barbie ...bercakap tentang Barbie Doll ni Princess Maz teringin pulak nak buat mata macam tu, so pembaca yang Princess Maz sanjungi tunggu lah hasil make up yang seterusnya samada gorgeous atau tidak !!!!


Sekian,

Princess Maz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Princess Maz sentiasa mengharapkan pandangan gorgeous anda maka janganlah ragu-ragu untuk komen ye. Berbudi bahasa amalan kita semua.