Harga & Pakej


Copyright 2011 MazGorgeous. All rights reserved.
Seluruh kandungan blog ini adalah hakcipta terpelihara MazGorgeous 2011.

Ahad, 29 Januari 2012

Kursus di Diyana Makeup & Beauty Academy

Assalamualaikum....hari ini tamat sudah kursus makeup yang telah di hadiri selama 2 hari (Sabtu dan Ahad) di Diyana Makeup & Beauty Academy walaupun penat namun ianya cukup berbaloi bagi aku menambah pengetahuan dalam dunia makeup ni .

seperti kata Pn Sofiah pada ku takan sama belajar melalui guru kerana dengan adanya guru baru lah kita dapat mengetahui teknik makeup yang betul.
Tambah beliau lagi hanya mereka yang berkebolehan , berkemahuan dan berani saja boleh menceburi bidang ini iaitu sebagai jurusolek.
Pelajaran yang di terima dari kursus ini adalah yang terbaik yang aku hadiri semenjak menceburi diri sebagai jurusolek.
Bersama rakan sekursus ( Nora) yang juga merupakan distributor bagi produk kecantikan.
Dengan teknik makeup yang betul kami semula kelihatan seperti selebriti juga.
Lelaki melayu terakhir di dalam kursus ini Encik Romzie satu-satu nya lelaki yang menghadiri kursus tanpa di solek oleh Pn Sofia .
Berposing habis-habisan bersama member kursus, harap ketemu lagi di lain-lain kursus.
Khusyuk melihat Pn Sofia mengenakan teknik-teknik makeup dan semua kami merasai hasil makeup Pn Sofia yang cukup Gorgeous!!!.
Tiba giliranku pula di makeup oleh Pn Sofia.
Eh ! sebelah muka jer Pn Sofia makeup kan ...padan muka lagi sebelah kenalah make up sendiri nak tengok terror tak atau sama tak dengan cikgu make up kan...anyway i like to take this challange.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Princess Maz sentiasa mengharapkan pandangan gorgeous anda maka janganlah ragu-ragu untuk komen ye. Berbudi bahasa amalan kita semua.