Harga & Pakej


Copyright 2011 MazGorgeous. All rights reserved.
Seluruh kandungan blog ini adalah hakcipta terpelihara MazGorgeous 2011.

About

Mengenai Princess Maz

Kerjaya
Seorang jurumakeup bebas dan juga ingin membuka butik pengantin tetapi masih terikat dengan pekerjaan  di jabatan kerajaan.

Perkhidmatan
Menyediakan perkhidmatan makeup untuk segala jenis majlis termasuk makeup mayat (cina lah), hehehe. Saya juga menyediakan perkhidmatan mengajar menjadi jurumakeup profesional dan yg biasa2 jer. Service makeup untuk sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.

Minat
Sebenarnya, saya sudah meminati bidang solekan sejak zaman remaja lagi cuma ketika itu bidang kecantikkan belum lagi menyerlah seperti sekarang ini.

Menjadi jurusolek membolehkan saya menjadi diri sendiri. Saya merasa benar-benar bebas setiap kali dapat menyolekkan wajah orang kerana seni solekan mencabar minda dan kreativiti saya.

Ia begitu menyeronokkan bermain dan mencipta rupa yang berlainan, bukan sekadar membantu kelihatan lebih cantik malah kita dapat menukar rupa paras semahunya. Pada saya makeup adalah salah satu cabang seni seperti mana kita menukar pakaian dan gaya rambut dan tudung begitu jugalah dengan bermakeup dan saya begitu teruja   tiap kali memerah otak dan mencabar kreativiti untuk hasilkan solekan terbaik pada wajah seseorang individu. Saya luahkan rasa hati menerusi sentuhan mekap dan itu cara saya mengekpresi diri.

Sekian,
Maz