Harga & Pakej


Copyright 2011 MazGorgeous. All rights reserved.
Seluruh kandungan blog ini adalah hakcipta terpelihara MazGorgeous 2011.

Ahad, 27 November 2011

Majlis Pertunangan dan Perkahwinan Zana di Felda Tersang, Pahang

Hari Sabtu lepas 26.11.2011 saya telah ke Felda Tersang , Pahang awal-awal pagi dalam pukul 5.45am saya sudah memulakan perjalanan dari KL kerana pengantin dijangka memulakan majlis pertunangan pada pukul 10.00am . Dijangka sampai di rumah pengantin dalam pukul 9.00am tapi saya dah sampai lebih awal pukul 8.30am.

Sesampai saja di rumah pengantin beliau baru  lepas mandi , tengok pengantin comey jer lepas tunggu pengantin mengenakan pakaian untuk majlis pertunangan berwarna putih saya pun bersiap-siap dengan barang-barang solekan.
Mula-mula nak make up pengantin di biliknya   tapi kurang pengcahayaan sebab lampu dah dilindungi oleh tabir untuk menutupi syiling maka saya minta bilik lain yang lebih terang untuk make up pengantin..so pergi lah kat bilik sebelah  tu , lebih terang tapi masalah nya dah ada yg curi tengok pengantin make up di celah-celah tingkap nako lak..hehehe.
Ini lah hasil make up untuk majlis pertunangan , tangkap gambar guna compact camera jer orang panggil toy camera so gambar yang ambil pun tak dapat nak fokus betul2 di bahagian mata...anyway pengantin happy dengan hasil make up saya dan kawan-kawan sekampung dan sekerja pun duk puji dia nampak cantik , bila ramai orang puji maka ramai lah juga minta bisness card Princess Maz ...harap lepas ni ada lagi orang panggil masuk Felda .
Baju putih untuk majlis pertunangan di sebelah pagi.
hehehe cian dia jadi tepung gomak ..sebenarnya saya lupa nak ambil gambar pengantin sebelum make up , tengah duk syok letak foundation baru teringat nak ambil gambar ..kira oklah before and after make up harap lepas ni Hamidah dari Ellysha Butik puas hati dengan hasil make up saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Princess Maz sentiasa mengharapkan pandangan gorgeous anda maka janganlah ragu-ragu untuk komen ye. Berbudi bahasa amalan kita semua.