Harga & Pakej


Copyright 2011 MazGorgeous. All rights reserved.
Seluruh kandungan blog ini adalah hakcipta terpelihara MazGorgeous 2011.

Selasa, 13 Mac 2012

Makeup Akad Nikah Ujie di Benta, Pahang




Salam ....ni makeup yang Princess buat untuk Ujie (Pengantin) pada Majlis Akad Nikahnya yang berlangsung pada 10 Mac 2012 selepas waktu Asar. Untuk kali ini Princess  mengenakan makeup eyeshadow socket smokey yang gelap di kelopak mata dan cerah di bahagian atas kelopak , memandangkan Ujie akan mengenakan busana pengantin berwarna unggu maka Princess menggunakan eyeshadow berwarna unggu gelap dan menjadi trend makeup sekarang menggunakan warna-warna gelap . Pengantin tersenyum gembira melihat wajah sendiri di cermin, dia cakap ok cantik!.


Namun keesokan pagi nya ketika ke rumah pengantin untuk makeup bersanding Princess telah di minta untuk makeup warna yang lebih terang oleh kakak si pengantin dengan alasan beliau Princess makeup semalam terlalu gelap . So Princess cuma dapat bagi tau dia yang Princess akan menggunakan warna-warna terang seperti hijau dan kuning kerana warna-warna ini adalah tergolong dalam kelompok warna terang . Tapi teguran kakak pengantin pulak yang pakaian yang akan di pakai oleh pengantin adalah berwarna kelabu so macam mana!!!

Princess terus diam dan membuat kerja solekkan tanpa menjawap sepatah perkataan pun , setelah kakak pengantin berlalu , Princess terus tanya soalan kepada camera man tentang makeup yg gelap tu maka camera man terus tunjukkan gambar-gambar pengantin semasa memakai baju Unggu dengan komen dari beliau , akak makeup ok dalam camera tak ada yang gelap pun semua nampak cantik.

Camera man pada masa itupun tak cakap apa  dan gambar - gambar yang beliau ambik tu pun nampak gorgeous sangat.

Selepas ini kalau ada yang terbaca blog ini boleh lah menilai sendiri hasil makeup Princess samada gelap atau tidak , apapun Princess buat yang terbaik untuk bakal-bakal pengantin yang telah mengeluarkan belanja untuk solekan ini.


Klik Makeup sanding Ujie