Saya Princess Maz. Nak panggil Princess Maz pun boleh tapi kalau malas sebab panjang sangat maka panggil saja Maz. Sebenarnya saya pun hairan sejak bila pulak saya jadi Princess. Maklumlah ye kita ni kan wanita.
Oleh kerana ini catatan pertama saya maka saya nak ambil kesempatan bertanya, "Apa khabar, sihat?" Harap sentiasa berada dalam keadaan sihat wal afiat serta gorgeous sentiasa.
Kalau rasa tak gorgeous tu maka cepat-cepatlah jumpa saya ye. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat mengusahakan agar anda menjadi gorgeous sentiasa. Tapi kalau dah gorgeous nanti harap janganlah lupakan saya pulak ye.
Apa pun, terima kasih kerana sudi datang ke blog saya.
Blog saya baru buka maka banyak lagi yang saya perlu buat. Kalau ada apa-apa pertanyaan atau cadangan anda yang gorgeous2 tu maka bolehlah guna borang Hubungi Princess Maz.
Saya rasa sampai di sini sajalah saya bercakap dalam catatan pertama saya. Kita ni bukan nak belajar bercakap tapi nak gorgeous, kan?
Kalau nak memperkenalkan diri maka eloklah komen di bawah. Saya pun ingin sangat nak berkenalan dengan anda.
Insyaallah kita jumpa lagi pada catatan seterusnya.
Sekian. Semoga sentiasa gorgeous..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Princess Maz sentiasa mengharapkan pandangan gorgeous anda maka janganlah ragu-ragu untuk komen ye. Berbudi bahasa amalan kita semua.