Harga & Pakej


Copyright 2011 MazGorgeous. All rights reserved.
Seluruh kandungan blog ini adalah hakcipta terpelihara MazGorgeous 2011.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Sexy and Smokey Arabic Eye Make up

Assalamualaikum dan Salam Gorgeous!!!....Di sebabkan ramai yang hantar email kat Princess Maz bertanyakan cara makeup gaya arabic i maka kali ini Princes Maz buat lagi photoshot gaya wanita arab yang nampak seksi dan romantik . Sebenarnya makeup cara wanita arab banyak menggunakan warna-warna gelap manakala warna hitam sudah menjadi satu kemestian...

Rabu, 26 Oktober 2011

Black Eyeshadow Look Dramatik

Assalamualaikum dan Salam Gorgeous... untuk entri kali ni Princess Maz menggunakan make up yang cukup simple tetapi hasilnya cukup gorgeous , hanya menggunakan eyshadow warna hitam di sapu sekeliling kelopak mata dan blend kan sehingga nampak rata dan gebu , di tambah sedikit shimmer warna purple gelap untuk menaikkan seri. Solekkan ini sesuai di kenakan untuk waktu malam sbb nampak lebih dramatik.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Modesty in Style Fashion Competition and Showcase 2011

Pada 15 Oktober 2011, sempena Fashion Competition and Showcase 2011 for young designer Princess Maz telah dijemput oleh Glamore untuk menyertai mereka bagi menyolek model2 di fashion show tersebut. Seramai 15 model telah mengambil bahagian dan 3 orang make up artis terlibat di belakang tabir termasuklah Princess Maz dimana setiap seorang make up artis di beri 5 orang model untuk di solek mengikut kreativiti masing-masing. Princess Maz dan rakan2 telah di beri tempoh hanya sejam untuk menyolek 15 model tersebut . Ini bermakna seorang model cuma memerlukan masa 10-12 minit untuk di solek , ianya begitu mencabar sekali memandangkan kesuntukan masa , bagaimanapun kesemua model2 tersebut telah dapat di makeup sebelum pertunjukkan bermula. Bersama-sama ini saya uploadkan photo2 model yang telah di solek oleh saya yang sempat di rakamkan untuk di kongsi bersama anda.

Khamis, 13 Oktober 2011

Ahad, 2 Oktober 2011

Ocean Blue Eyeshadow Make Up

Assalamualaikum dan salam gorgeous!!!


Hari ni ahad Princess Maz buat satu lagi projek  make up dan photoshot , sejak dari awal lagi masa nak buat blog ni dah ada plan dalam fikiran tak nak ambil model untuk di muatkan dalam blog ni lebih suka guna muka sendiri memandangkan mood nak bermake up selalu tak menentu , kalau guna model orang lain terpaksa pula buat appointment lah , kena pergi jemput lagi so lebih senang guna muka sendiri.

Penjualan Contact Lens telah Bermula


 Assalamualaikum....

Semoga anda dalam keadaan sihat walafiat...

Terkini mazgorgeous.blogspot telah membuat penjualan contact lens trend terkini pada harga yang amat berpatutan, oleh itu Princess Maz menjemput anda semua ke menu Product atau boleh lah klik di link di bawah.

Sekian, terimat kasih
Princess Maz


 
http://mazgorgeous.blogspot.com/p/product.html

Sabtu, 1 Oktober 2011

Sweet Look with Blue and Pink Colour



Assalamualaikum dan salam gorgeous...

Princess Maz mengharapkan anda semua bergembira di hujung minggu ini . Untuk entry pada minggu ini Princess Maz meluangkan sedikit masa membuat solekkan ala2 anak patung lah, teringat zaman kecik2 dulu memang teringin nak cantik dan comey macam anak patung  tapi bila dah jadi mak orang baru lah impian tercapai dapat buat muka comey macam ni ...hehehe ni mak patung la.



Hari minggu ni make up dan photoshot bertambah meriah sebab anak2 ada kat rumah, so adalah photographer dan crew yang tolong buat photoshot dan betul2 kan pemakaian tudung ni.


Untuk warna anak2 patung ni pemilihan warna eyeshadow pink, biru dan purple adalah satu kemestian dan untuk kali ini Princess Maz membuat solekan mata socket smokey style dan di tambah penggunaan contact lense warna biru dan bulu mata atas dan bawah untuk menambahkan lagi kecomelan kat mata tu ..
.

Princess Maz amat mengharapkan komen2 dan pandangan bernas dari anda untuk  di kongsi bersama di dalam blog ini , pandangan anda amatlah dihargai.
before makeup