Harga & Pakej


Copyright 2011 MazGorgeous. All rights reserved.
Seluruh kandungan blog ini adalah hakcipta terpelihara MazGorgeous 2011.

Rabu, 14 Disember 2011

Model di tahun 1997

Salam Gorgeous.....nak tahu inilah gambar studio saya di tahun 1997 masa tu umur dalam 27 tahun anak pun dah 3 orang . Kawan sepejabat namanya Mrs Chow yang sebenarnya membawa saya untuk ambil gambar studio pengantin di Jalan Ipoh , katanya ada butik pengantin nak ambik model melayu untuk kedai pengantin. So saya dengan sukacitanya menerima pelawaan kedai pengantin tu ...fuh masa tu makeup dan photoshot punya la lama dari pukul 12.00tgh sampai 5 ptg.                                                           

Anyway masa tu memang seronok sangat sebab dah anak 3 baru merasa pakai macam-macam baju yang selalu di pakai oleh pengantin2 ...masa saya kawin dulu pun tak pakai macam ni so ibarat melepaskan dendam lah juga dapat posing macam ni.
Jurumake up masa tu lelaki duk tengok juga dia duk sapu muka dengan stick foundation tapi tak tahu apa benda tu ...setelah 15 tahun baru lah tau yang itu sebenanrnya foundation stick yang selalu di guna oleh jurumakeup . Zaman dulu2 cuma mak andam jer yang tau foundation ni tapi sekarang rahsia dah bocor di pasaran semua orang dah tau cuma teknik pemakaian eyeshow jer memerlukan skill dan bukan semua orang buat menjadi.
Saya memang minat sangat benda-benda macam ni tapi masa dulu tak lah terlalu terbuka dan anak2 pun masih kecil , apabila anak2 dah besar panjang baru lah saya serius dalam bidang kecantikan ni. Kalau kita tengok jurumake up dan photographer cina suka makeup dan ambil gambar jauh2 so makeup kat muka tak berapa kelihatan berbanding dengan melayu kita lebih nak fokus dengan lebih jelas warna2 solekan di muka dan kemulusan kulit muka di dalam gambar.

Sebenarnya banyak lagi gambar saya masa jadi model dulu tapi tetiba jer scanner buat hal so tak dapat lah kongsi gambar2 yang lain dengan u all semua , tengoklah kalau ada masa dan kelapangan akan saya upload lagi  gambar2 untuk tatapan anda semua. Owh upah jadi model masa tu i dapat album kulit keras dan 20 keping gambar saja yang harganya dalam lingkungan RM 400.00

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Princess Maz sentiasa mengharapkan pandangan gorgeous anda maka janganlah ragu-ragu untuk komen ye. Berbudi bahasa amalan kita semua.