Harga & Pakej


Copyright 2011 MazGorgeous. All rights reserved.
Seluruh kandungan blog ini adalah hakcipta terpelihara MazGorgeous 2011.

Khamis, 29 Mac 2012

Kelas Asas Makeup (Personal Makeup)


Waktu belajar :10 pagi - 5 petang (Sabtu dan Ahad)
Yuran : RM 150 sahaja.
Tempat : Shang Villa Condo , Jalan SS7/15, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya.

Kandungan

1.       Teknik-teknik solekan yang betul
2.       Pemilihan bedak asas/foundation yang betul
3.       Pengenalan kepada berus solek
4.       Pengenalan pada teknik "shading" dan "highlight" yang betul
5.      Teknik smokey eyes dan socket
6.      Tips untuk 'flawless makeup'
7.      Day and Night makeup

Sijil akan diberikan.

Sila bawa "makeup remover" anda dan "cermin muka".
Deposit RM 100 diperlukan untuk "booking" tempat dan pengesahan hadir ke kelas.

Sila email ke mazgorgeous@gmail.com  untuk keterangan lanjut.



Selasa, 13 Mac 2012

Makeup Akad Nikah Ujie di Benta, Pahang




Salam ....ni makeup yang Princess buat untuk Ujie (Pengantin) pada Majlis Akad Nikahnya yang berlangsung pada 10 Mac 2012 selepas waktu Asar. Untuk kali ini Princess  mengenakan makeup eyeshadow socket smokey yang gelap di kelopak mata dan cerah di bahagian atas kelopak , memandangkan Ujie akan mengenakan busana pengantin berwarna unggu maka Princess menggunakan eyeshadow berwarna unggu gelap dan menjadi trend makeup sekarang menggunakan warna-warna gelap . Pengantin tersenyum gembira melihat wajah sendiri di cermin, dia cakap ok cantik!.


Namun keesokan pagi nya ketika ke rumah pengantin untuk makeup bersanding Princess telah di minta untuk makeup warna yang lebih terang oleh kakak si pengantin dengan alasan beliau Princess makeup semalam terlalu gelap . So Princess cuma dapat bagi tau dia yang Princess akan menggunakan warna-warna terang seperti hijau dan kuning kerana warna-warna ini adalah tergolong dalam kelompok warna terang . Tapi teguran kakak pengantin pulak yang pakaian yang akan di pakai oleh pengantin adalah berwarna kelabu so macam mana!!!

Princess terus diam dan membuat kerja solekkan tanpa menjawap sepatah perkataan pun , setelah kakak pengantin berlalu , Princess terus tanya soalan kepada camera man tentang makeup yg gelap tu maka camera man terus tunjukkan gambar-gambar pengantin semasa memakai baju Unggu dengan komen dari beliau , akak makeup ok dalam camera tak ada yang gelap pun semua nampak cantik.

Camera man pada masa itupun tak cakap apa  dan gambar - gambar yang beliau ambik tu pun nampak gorgeous sangat.

Selepas ini kalau ada yang terbaca blog ini boleh lah menilai sendiri hasil makeup Princess samada gelap atau tidak , apapun Princess buat yang terbaik untuk bakal-bakal pengantin yang telah mengeluarkan belanja untuk solekan ini.


Klik Makeup sanding Ujie 

Isnin, 12 Mac 2012

Makeup Pengantin di Benta, Pahang



Assalamualaikum.....hari ni dapat juga buat entry untuk blog ni sebab ada job make up pagi tadi so boleh lah Princess share citer bab makeup dengan pembaca semua . Pagi ni 11 Mac 2012 dalam pukul 9.00 Princess dah bergerak ke Benta, Pahang sebab majlis persandingan bermula jam 12.30 tgh. 

Oh ya sebelum nak cerita lebih lanjut Princess nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Butik Azijauhari, Raub yang telah memberi job pada kali ini di harap pada masa-masa akan datang kita boleh bekerjasama lagi.

Ahad, 5 Februari 2012

Makeup Warna Coklat

Make up By Princess Maz

Assalamualaikum ......Selamat Menyambut Maulidur Rasul 

Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.



Sabtu, 4 Februari 2012

Ahad, 29 Januari 2012

Kursus di Diyana Makeup & Beauty Academy

Assalamualaikum....hari ini tamat sudah kursus makeup yang telah di hadiri selama 2 hari (Sabtu dan Ahad) di Diyana Makeup & Beauty Academy walaupun penat namun ianya cukup berbaloi bagi aku menambah pengetahuan dalam dunia makeup ni .

Isnin, 9 Januari 2012

Sanggul Pengantin

Zaman sekarang memang tak ramai pengantin bersanggul kerana rata-rata zaman sekarang perempuan dah bertudung , bila pengantin bertudung maka ianya telah memudahkan kerja-kerja mak andam @ jurusolek . Walau bagaimanapun seandainya seseorang itu mengaku beliau adalah mak andam @ jurusolek maka kemahiran membuat sanggul adalah satu kelebihan.

Berikut beberapa jenis sanggul untuk bakal-bakal pengantin untuk di buat pilihan. 
Gaya Audrey Hupbrun

Rabu, 14 Disember 2011

Model di tahun 1997

Salam Gorgeous.....nak tahu inilah gambar studio saya di tahun 1997 masa tu umur dalam 27 tahun anak pun dah 3 orang . Kawan sepejabat namanya Mrs Chow yang sebenarnya membawa saya untuk ambil gambar studio pengantin di Jalan Ipoh , katanya ada butik pengantin nak ambik model melayu untuk kedai pengantin. So saya dengan sukacitanya menerima pelawaan kedai pengantin tu ...fuh masa tu makeup dan photoshot punya la lama dari pukul 12.00tgh sampai 5 ptg.                                                           

Sabtu, 10 Disember 2011

Majlis Pernikahan dan Persandingan Salzayana di Felda Sungai Koyan

Assalamualaikum dan salam gorgeous....dah 3 kali Princess Maz masuk felda kat pahang untuk make up pengantin, mula2 dulu orang panggil masuk Felda Krau pastu Felda Tersang dan kali ni Felda Sungai Koyan. Princess Maz  terasa macam jadi juru make up/mak andam kawasan Felda pulak . Lepas ni tak tau pulak Felda mana nak panggil Princess Maz masuk kawasan dia orang untuk make up , anyway orang Felda jangan malu2 jangan segan2 nak panggil Princess Maz lagi .Sebenarnya Princess Maz mmg suka sangat pergi make up orang ni jauh2 pun Princess Maz sanggup pergi .Hari ni awal2 pagi dalam jam 5.45am Princess Maz dah bertolak ke Felda Sungai Koyan ni kalau orang lain rasanya mmg tak sanggup dah la kena bangun awal nak kira bayaran pun just ok jer tapi Princess Maz redah juga semua tu just kerana minat dan mencari pengalaman , anyway Princess Maz nak ucapkan terima kasih banyak2 kat Hamidah Make Over sebab tanpa dia siap la Princess Maz ni.

Ahad, 27 November 2011

Majlis Pertunangan dan Perkahwinan Zana di Felda Tersang, Pahang

Hari Sabtu lepas 26.11.2011 saya telah ke Felda Tersang , Pahang awal-awal pagi dalam pukul 5.45am saya sudah memulakan perjalanan dari KL kerana pengantin dijangka memulakan majlis pertunangan pada pukul 10.00am . Dijangka sampai di rumah pengantin dalam pukul 9.00am tapi saya dah sampai lebih awal pukul 8.30am.

Sabtu, 19 November 2011

Make Over Pelatih PLKN

Assalamualaikum dan Salam Gorgeous!! Minggu ni lepas tengok bola Malaysia vs Mynmar 1-0 baru lah Princess Maz ada semangat nak update blog ni , anyway tahniah sekali lagi kat pasukan Malaysia , sebenarnya make up dan photoshot ni Princess Maz dan buat dalam minggu lepas lagi , model ni merupakan pelatih PLKN Kump.3 siri 8/11. Setiap kali waktu maghrib semua pelatih kena pergi surau solat tapi malam tu Farah tak pergi sebab ehem ehem so dia pun datang lah bilik Princess Maz nak make up lah Cikgu CC katanya , apalagi bagai orang mengantuk di sorong bantal teruskan capai beg peti make up ni , kebetulan Farah ni siang hari nya baru je balik dari latihan menembak so muka dia banyak jugakan terkena sunburn ...gelap dan berbelang.

Isnin, 7 November 2011

Green Eyeshadow

Pada setiap hujung minggu pastinya bila ada kelapangan Princess Maz akan menyolek diri sendiri dengan pelbagai gaya make up untuk tatapan anda semua . Walaupun minggu ni ramai umat islam sibuk menyambut hari raya korban di kampung halaman masing-masing, namun Princess Maz harap semuanya dapat menjaga keselamatan diri dan keluarga takut lain yang dikorban lain pula yang terkorban. Memandangkan raya korban tahun ni Princess Maz tak balik kampung maka dapatlah meluangkan masa untuk entri kali ni , tapi photoshot minggu ni Princess Maz pada waktu malam pulak sebab tu background photo2 ni golap jer...